Bengkel Isu Pendakwaan Dan Kes Berkaitan Perkahwinan Dan Perceraian
Peserta bengkel ini terdiri dari pelbagai Agensi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Mahkamah Syariah Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Peguam Negara Malaysia. Objektif bengkel adalah bagi memberi kemahiran kepada ahli bengkel berkaitan Undang-Undang Kekeluargaan Islam. Di samping menyelaraskan kerja-kerja antara agensi berkaitan kekeluargaan Islam dan bahagian yang terlibat dengan Penguatkuasaan Akta 303 serta menyelesaikan Isu-isu penguatkuasaan undang-Undang Syariah. Resolusi bengkel pada kali ini ialah; 1) Bengkel mencadangkan supaya semua permohonan pengesahan dan pendaftaran perkahwinan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga. 2) Bengkel mencadangkan supaya PNCR hendaklah menentukan sama ada sesuatu perkahwinan itu dibuat dengan kebenaran atau tanpa kebenaran atau perkahwinan bukan warganegara yang telah diakad nikahkan di negara asalnya. Sekiranya PNCR mendapati perkahwinan itu dibuat dengan kebenaran, maka PNCR boleh menjalankan siasatan lanjut dan mendaftarkan perkahwinan tersebut. 3) Bengkel bersetuju sekiranya PNCR mendapati perkahwinan itu dibuat tanpa kebenaran, PNCR hendaklah mengeluarkan surat iringan untuk dipanjangkan kepada Mahkamah dan satu salinan surat itu hendaklah dihantar kepada Bahagian Penguatkuasaan Agama. 4) Bengkel bersetuju bagi pasangan bukan warganegara yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan telah berkahwin di negara asal sebelum datang ke Malaysia, PNCR boleh melaksanakan pengendorsan sijil nikah Negara asal setelah berpuashati dengan surat pengesahan daripada pihak kedutaan Negara berkenaan dikemukakan. 5) Bengkel bersetuju bahawa bagi tujuan permohonan pengesahan dan pendaftaran perkahwinan, pengesahan tempat tinggal/pemastautinan hendaklah mendapat sokongan daripada Ketua Masyarakat, Ketua Komuniti atau Pengerusi Masjid dan hendaklah disahkan oleh Ketua Imam atau Imam Satu (1) Kariah dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kariah. 6) Bengkel bersetuju supaya arahan amalan No 8 Tahun 2011 dipatuhi bagi kes permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah. 7) Bengkel bersetuju supaya kes permohonan wali enggan terus dirujuk ke Mahkamah Syariah tanpa melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK). Selain itu satu draf garis panduan telah dapat dihasilkan dan satu mesyuarat yang akan diuruskan oleh Mahkamah untuk memuktamadkan perkara tersebut. Foto dan teks oleh: Norul Aina Bahari Pendakwa Syarie KL 013 5300753 |
Jumlah paparan: 5539