05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Tautan Silaturahim Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Bersama Pengerusi Surau Dan Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya


alt


7 Julai 2013 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan  Putrajaya telah menganjurkan Majlis Tautan Silaturahim bersama Pengerusi Surau dan Pengerusi Persatuan penduduk Putrajaya bertempat di Surau Al-Istiqlal Presint 14 Putrajaya. Majlis ini  dianjurkan oleh Unit Pengurusan  Kariah, dengan kerjasama Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya dan juga Ahli Jawatankuasa Kariah Surau Istiqlal. Objektif program ini adalah untuk  merapatkan ukhuwah di kalangan pemimpin masyarakat setempat dengan JAWI, meningkatkan persefahaman dan hubungan yang mesra sesama jawatankuasa surau dan memupuk semangat muhibbah dan kerjasama dalam menjalankan tugas.
 
Persiapan mengadakan majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dengan acara gotong-royong membersihkan surau di antara pegawai JAWI, AJK Surau  dan penduduk setempat.Kaunter pendaftaran dibuka pada jam 7.00 malam untuk mendaftar kehadiran wakil dari surau-surau dan juga wakil Persatuan Penduduk  beserta penyerahan surat makluman sumbangan kepada surau.
 
Majlis dimulakan  selepas solat maghrib dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan  oleh YBhg Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Antara perkara penting yang disampaikan oleh  beliau ialah  berkaitan  dengan tanggungjawab serta peranan pengerusi surau dan pengerusi persatuan penduduk yang mana perlu diberi perhatian serius dalam usaha mengimarahkan surau masing-masing agar surau yang merupakan tempat ibadat tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg Dato’ Haji Khairudin Bin Samad mewakili  Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya. Majlis ini  diakhiri dengan penyerahan sumbangan bantuan  Ihya’ Ramadhan, Pengimarahan Surau dan juga Kebersihan/Keceriaan surau kepada wakil Surau Jumaat yang menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM112,5000.00 melibatkan 9 buah Surau Jumaat dan sebanyak RM583,000.00 bantuan yang sama disalurkan kepada surau biasa yang melibatkan sebanyak 53 buah surau.
 
Pada keseluruhannya program ini berjalan dengan jayanya dengan peratus kehadiran wakil surau dan juga wakil persatuan penduduk sebanyak 91%. Mudah-mudahan hasrat murni JAWI dengan penganjuran Majlis seperti ini akan tercapai demi menguruskan perkara berkaitan hal Ehwal Islam yang terbaik di Putrajaya ini.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
PPK ZON 7
Unit Pengurusan Kariah
JAWI Cawangan Putrajaya