05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Santapan Rohani Kedai Asnaf 1 Malaysia

alt
 
Kedai Makan Asnaf 1Malaysia, sejak dibuka awal Januari 2013, telah menerima kunjungan lebih 800 asnaf setiap hari. Kewujudan kedai makan ini adalah kesinambungan program pemberian makanan kepada gelandangan yang biasanya disalurkan di surau dan masjid sejak 2009. Ia dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang. Ia dibiayai sepenuhnya melalui sumber bayaran zakat yang diuruskan Baitulmal dan MAIWP selain mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). 

Selain menikmati makanan tengah hari percuma setiap hari sepanjang tahun (kecuali Ramadhan), mereka juga kini 'dihidangkan' dengan pelbagai pengisian rohani yang dikendalikan oleh penceramah jemputan sebelum acara makan bermula. Antaranya, pada setiap Isnin dan Rabu, para pengunjung berpeluang mengikuti Pengajian Al-Quran berasaskan Teknik Al-Baghdadi oleh Ustaz Mohd Khairul Ariffin dari Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATCKL), Slot Motivasi pada setiap Selasa oleh Saudara Mohd Raffi Bin Jaafar dari Pertubuhan Amal Firdausi (PAFFIE), dan kelas Fardhu 'Ain pada setiap Khamis oleh Ustaz Khaime Farzu B Mohamad dari Persatuan Ulama' Malaysia Kuala Lumpur (PUMKL). 

Premis ini juga telah mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya pada 10 Jun 2013, seorang pengunjung berbangsa India menyatakan keinginannya untuk diislamkan lalu terus disyahadahkan di sini. Beliau kemudiannya dibawa ke Cawangan Saudara Muslim JAWI bagi proses dokumentasi. 

Moga usaha dakwah yang berterusan ini bakal meningkatkan kesedaran golongan muslim untuk lebih mendekati Islam dan menambah minat golongan yang belum Islam kepada agama fitrah yang sebenar iaitu Islam.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)