05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KELAS PENGAJIAN SAUDARA MUSLIM

alt

Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kelas Pengajian Saudara Muslim bersempena Sambutan Hari Guru seluruh Malaysia yang disambut pada 16 Mei 2013. Majlis ini telah diadakan pada 17 Mei 2013 (Jumaat) bertempat di Asrama Darul Hidayah, Lot96B, Seksyen 41, Jalan Dato’ Abd. Razak, Kg. Baru, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 75 orang pelajar.
 
Majlis yang dibiayai sepenuhnya oleh para pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim ini adalah bertujuan untuk memberi ruang penghargaan dan meraikan para guru yang telah bertungkus lumus untuk meneladani dan menyantuni saudara baru yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan latar belakang kehidupan, dalam mencorak kehidupan beragama termasuklah membimbing dalam mengenal al-quran. Tanggungjawab yang digalas amat besar dan menuntut kesabaran serta kekuatan spiritual yang amat tinggi.
 
Majlis dimulai dengan bacaan al-quran oleh saudara  Adam  Ah Lee dan diikuti dengan ucapan wakil pelajar, ucapan wakil guru dan ucapan daripada Penyelaras Kelas Pengajian sekaligus mewakili Cawangan Kebajikan Saudara Baru JAWI. Seterusnya pengisian program diteruskan dengan pelbagai acara yang menarik seperti acara berbalas pantun antara pelajar dan guru, persembahan nasyid, boria, pentomen dan deklamasi puisi di samping penyampaian cendera kenangan oleh para pelajar kepada guru masing-masing. Majlis yang berlangsung selama 4 jam itu diakhiri dengan acara memotong kek dan jamuan tengahari.
 
Program sebegini dilihat dapat membantu mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru di samping memperlihatkan peri pentingnya menghargai seorang guru walau dengan apa cara sekalipun; kerana guru adalah individu yang telah banyak berjasa dalam mencurahkan keringat dan bakti tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.

alt alt
alt alt
alt alt


Foto & Teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)