05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
WACANA MINDA SAUDARA MUSLIM SIRI 1 DAN 2 TAHUN 2013

 
alt

 
Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Wacana Minda Saudara Muslim Siri 1 dan 2 bagi tahun 2013 bertempat di Asrama Darul Hidayah, Lot 96B, Seksyen 41, Jalan Dato’ Abd. Razak, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2013 (Jumaat) dan 07 Jun 2013 (Jumaat). Program ini merupakan salah satu bentuk aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di Kelas Pengajian Saudara Muslim anjuran Jabatan. Pada kali ini program dilaksanakan dalam bentuk acara debat dan forum.
 
Antara objektif program ialah:
 
(i)    Sebagai salah satu wadah dalam memberi pendedahan atau penerangan tentang beberapa perkara yang berhubungkait dengan aspek aqidah, kefardhuan dan muamalah dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim di samping isu-isu semasa yang berkaitan dengan saudara muslim;
 
(ii)  Untuk membiasakan saudara muslim terhadap majlis-majlis ilmu yang bermanfaat serta memupuk semangat pencarian dan cintakan ilmu;
 
(iii)  Dapat memberi ruang kepada saudara muslim untuk memberi dan bertukar-tukar pandangan,  berkongsi ilmu dan pengalaman; dan
 
(iv)  Membina jalinan ukhuwah yang erat dan bersatu atas nama Islam.
 
Acara debat yang dibarisi oleh seramai enam (6) orang peserta telah membahaskan tajuk mengenai “Pembelajaran di Bandar Adalah Lebih Baik Dari Desa”. Setiap peserta diperuntukkan masa selama lima (5) minit untuk menyampaikan hujah masing-masing. Menerusi pertandingan ini kumpulan pembangkang telah memperlihatkan kebijaksanaan dan kepetahan dalam menyampaikan hujah beserta isi yang bernas sekaligus membawa kemenangan kepada mereka.
  
Manakala bagi acara forum pula, seramai tujuh (7) orang panel telah dipilih untuk membincangkan tentang tajuk “Bagaimana Menzahirkan Kecintaan Terhadap Rasulullah S.A.W.”. Tajuk yang dipilih adalah bersempena mengingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang dilalui oleh Baginda S.A.W. Forum berlangsung selama dua (2) jam dan dikendalikan oleh Y.Bhg. Tn. Hj. Mohamad bin Yusof (muballigh) selaku moderator. 

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)