05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bilal Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Bilal Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan

 
alt
 
18 – 19 Jun 2013 (Selasa dan Rabu) – Cawangan Khutbah dan Latihan Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Bilal-Bilal Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang Bilal-Bilal Masjid di Wilayah Persekutuan.
 
Di antara objektif kursus ini ialah untuk mempertingkatkan ilmu dan kefahaman para peserta berkaitan hukum azan dan iqamah, meningkatkan mutu alunan dan sebutan azan serta memahami tugas dan tanggungjawab tugas sebagai Bilal. Penceramah kursus tersebut ialah YBhg. Dato’ Haroman bin Yaacob, bekas Bilal Masjid Negara dan YBhg. Dr. Zulkifli Bin Muhammad al-Bakri.
 
Pada hari kedua, para peserta telah diberi latihan azan dan iqamah secara praktikal yang dikendalikan oleh lima orang fasilitator. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Fishal Bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah
 


Cetak   Emel