05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kunjungan Hormat Dan Lawatan Kerja JAWI Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam & Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan Dan Terengganu
alt
 
18 Jun 2013 (Selasa) – Program Lawatan Kerja Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Jabatan Agama Islam Kelantan, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu telah diadakan selama empat hari berturut-turut bermula pada 15 Jun 2013.
 
Seramai 18 ahli delegasi telah hadir sepanjang sesi lawatan ini yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Ibrahim Bin Deris, Pemangku Timbalan Pengarah (Pengurusan) merangkap Ketua Pendakwa Syarie.
 
Lawatan ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan kemahiran serta berkongsi maklumat antara peserta dan kakitangan kedua-dua Jabatan di setiap negeri mengenai proses kerja dan tindakan Undang-undang Jenayah yang dilaksanakan.
 
Selain itu, kunjungan hormat ini turut meningkatkan pengetahuan dan mempelajari proses kerja dan pengendalian dalam pengunaan pendaftaran kes ‘Non Physical File’ dan ‘Digital Signature’ di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu serta untuk membolehkan peserta bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai bidang tugas atau proses pendakwaan serta cabaran terkini berkenaan pendakwaan di negeri masing-masing.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria