05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
KARNIVAL WANITA 1 WILAYAH : "Selembut Wajah, Seindah Akhlak"
alt
 
                          11 Mei 2013 (Sabtu) –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) telah menganjurkan Karnival Wanita 1 Wilayah dengan tema "Selembut Wajah, Seindah Akhlak". Karnival yang dianjurkan oleh Bahagian Kariah, JAWI ini diurusetiakan oleh Zon 7, JAWI Cawangan Putrajaya bersama  6 zon yang lain mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku tuan rumah. Antara objektif karnival ini adalah untuk menghargai  pengorbanan wanita selaku pekerja , isteri dan ibu dalam sesebuah keluarga. Di samping itu, peluang ini digunakan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada para peserta dan pengunjung tentang cabaran dan persediaan yang perlu dilengkapi bagi menghadapi realiti hari ini dari sudut kaca mata Islam.
                Bermula dari pagi, karnival ini diserikan dengan pengisian Sembang Santai Bersama  Ustazah Isfadiah bt Mohd Dasuki dari Universiti Islam Antarabangsa dan Puan Wardina Safiyah sebagai moderator. Seterusnya, para peserta turut didedahkan dengan Slot Ketrampilan diri dengan tajuk, Pelihara Aurat Pasti Menarik oleh Pn Muna Izzah bt Hj Fadzil ,Pakar Perunding Imej Bertauliah dari Konsultan Seanggun Bidadari. Dalam masa yang sama, bagi mengisi masa untuk kanak-kanak, turut disediakan Slot Sirah yang disampaikan oleh Ustazah Adawiah bt Lias , dari ILIM.
                       Pada sebelah petangnya, pihak penganjur telah menyusun beberapa pertandingan sebagai wadah untuk menjalinkan kerjasama antara zon di Wilayah Persekutuan. Antara pertandingan yang disediakan Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan Tuala , Pertandingan Dekorasi Kek dan Pertandingan Menghias Model Cilik. Manakala disebelah malamnya , forum keluarga turut diadakan dengan tajuk “Kunantimu di Pintu Syurga” yang membariskan Ustazah Zawiyah Hassan dan Ustaz Zulramli b M Razali sebagai panel.
                     Selain slot pengisian , pihak penganjur turut menjemput beberapa agensi kerajaan untuk membuka booth pameran, antaranya Bahagian Sokongan Keluarga, JKSM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM), Jabatan Bantuan Guaman, Tabung Haji dan Bank Muamalat. Di samping itu, para pengunjung yang hadir boleh mengunjungi gerai-gerai jualan yang disediakan termasuk perkhidmatan mini SPA oleh Az Zahra Women Wellness Centre. Karnival ini dirasmikan oleh Ustazah Ramlah Yong yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Semoga acara seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan Teks oleh:
Sahrin Salleh
JAWI Cawangan Putrajaya