05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kunjungan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI Ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP
alt
 
28 Mei 2013 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu program kunjung hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam rangka menyelaras dan mempertingkatkan kerjasama serta membina hubungan baik dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kunjungan ini telah disertai oleh 19 orang yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan serta urus setia.
 
Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ucapan balas oleh YBhg. Tuan Ibrahim Bin Deris, Pemangku Timbalan Pengarah Operasi, JAWI merangkap Ketua Pendakwa Syarie. Seterusnya, laporan aktiviti atau program yang dijalankan di JAWI telah disampaikan oleh ketua atau wakil bahagian-bahagian di JAWI.  Perbincangan difokuskan kepada peruntukan kewangan yang disalurkan oleh MAIWP untuk menjalankan program dan aktiviti Jabatan.
 
Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta mempertingkatkan lagi hubungan kerja dua hala diantara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Bahagian Penyelidikan
Urus Setia Kunjungan Hormat.