05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Fiqh Mua’sirah ‘Judi Moden Dan Konservatif’
alt
 
23 Mei 2013 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Fiqh Mua’sirah yang bertajuk Judi Moden Dan Konservatif : Satu Penjelasan Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah dengan kerjasama Masjid Saidina Hamzah dan Kolej Islam Antarabangsa. Seminar ini diadakan di Dewan Masjid Saidina Hamzah Batu Muda yang dihadiri oleh pelajar Kolej Islam Antarabangsa (IIC) Batu Muda dan juga jemaah masjid.
 
Seminar Fiqh Mua’sirah ialah seminar yang berkaitan Isu-isu fekah semasa atau terkini yang memberi fokus kepada isu judi. Isu ini sentiasa berlegar dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia. Dalam keadaan dunia yang semakin rancak menikmati inovasi dan perubahan, sudah tentulah telah memberikan impak terhadap budaya kehidupan manusia dalam urusan seharian. Isu-isu judi yang berbangkit ini memerlukan pendapat syarak sebagai penyelesaian dan solusi bagi meleraikan kekusutan yang ada. Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 90 : “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan saitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
 
Terdapat tiga pengisian yang disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Slot pertama disampaikan oleh Puan Nor Jihan Binti Saleh @ Md Ghazali, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan bertajuk Pengamalan Penguatkuasaan JAWI Membanteras Judi. Slot ini memberi penerangan Undang-undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan berkaitan judi dan pengalaman Bahagian Penguatkuasaan dalam membanteras judi di Wilayah Persekutuan.
 
Slot Kedua, disampaikan oleh Encik Wan Rumaizi Bin Wan Husin, Pensyarah Jabatan Fiqh Dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa yang memberi pencerahan kepada peserta berkaitan Judi Moden Dan Konservatif : Isu Dan Penilaian Syariah. Pengisian yang amat menarik berkaitan hukum-hukum judi yang diinovasikan dalam pelbagai bentuk dan menimbulkan kesamaran kepada umat Islam di Malaysia kini. Judi Konservatif adalah aktiviti judi yang diamalkan sejak dahulu dan dapat dikenali dengan mudah. Contohnya  loteri, kasino dan sabung binatang.
 
Manakala Judi Moden ialah aktiviti menjana pendapatan pada zaman moden ini yang tidak dapat dikenali dengan mudah dan telah dijustifikasikan mengikut Fiqh sebagai salah satu bentuk judi. Judi ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu judi dalam pertandingan, judi dalam kewangan atau insuran, judi dalam perniagaan dan judi dalam talian. Empat elemen penting dalam mengenalpasti sesuatu aktiviti tersebut adalah judi seperti elemen pemilikan, pertaruhan, zero sum (pergantungan nasib) dan untung di atas kerugian orang lain.
 
Slot Ketiga pula disampaikan oleh Encik Zarifi Bin Mohammad Daud, Pegawai Tugas-tugas Khas Ketua Pengarah JAKIM. Beliau merupakan seorang pegawai penyelidik yang menulis kertas kerja bertajuk Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah yang telah diperakukan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-84 yang telah bersidang pada 15 Disember 2008. Mutakhir ini praktis semasa telah menunjukkan kecederungan banyak pihak dalam menganjurkan peraduan kontemporari menerusi pelbagai mekanisma. Contohnya, akhbar, majalah, stesen TV, Internet dan lain-lain. Peraduan-peraduan ini menimbulkan reaksi dan maklum balas pelabagi daripada masyrakat Islam.
 
Kesimpulannya, setiap judi itu hukumnya haram. Walaupun terdapat pelbagai usaha yang berselindung di sebalik sesuatu inovasi atau ciptaan terkini.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan