05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

 
alt

Pada 31 Mei Hingga 2 Jun 2013 salah satu Program Gerakan Tumpuan Sentul iaitu Kem Bina Insan: Hargai Usia Mudamu telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Program telah disertai oleh 80 orang peserta remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun di kalangan penduduk Ppr Intan Baiduri, Pekan Batu dan Negeri Sembilan.
 
Pendaftaran peserta pada 31 mei jam 5.00 petang dan berakhir pada 2 jun 2013 jam 2.00 ptg. Aktiviti bermula dengan solat maghrib, kuliyah maghrib dan solat isyak berjemaah. Peserta juga didedahkan dengan program insyirah, introspeksi, solat dhuha berjemaah , Qiyamullail dan sinergi aktiviti dan lain-lain.
 
Peserta sangat berpuas hati mengikut program yang dikendalikan sepenuhnya oleh ASA Explore, Seri Kembangan, Selangor. Di samping ibadat berjemaah, ativiti-aktiviti yang dipertandingkan adalah untuk mencari kumpulan yang mendapat markah tinggi atas kerjasama, kepimpinan dan tolak ansur.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ustazah Sakdiah binti Mohamed Nusi. Antara petikan ucapan beliau "peserta-peserta yang datang pada hari ini adalah merupakan pemimpin yang akan mencorakkan budaya, akhlak dan adab dalam Islam yang sebenar." 

alt alt

Teks dan gambar oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan