05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Cadangan Serta Pengurusan Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti

Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Cadangan &  Serta Pengurusan Mesyuarat &
Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti


alt
 
28 - 29 Mei 2013 (Selasa dan Rabu) - Cawangan Khutbah Dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Cadangan Serta Pengurusan Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti bertempat di City Villa Hotel Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pusat zon, masjid dan Bahagian Pengurusan Kariah.

Kursus selama 2 hari tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Yahya.Beliau merupakan bekas pegawai kanan kerajaan yang telah berkhidmat selama 34 tahun dan berpengalaman luas dalam bidang penulisan kertas jemaah menteri, penulisan teks ucapan, laporan, minit mesyuarat dan sebagainya.Berdasarkan pengalaman beliau, para peserta telah mempelajari teknik dan format yang betul dalam penulisan laporan dan minit mesyuarat.

Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Basori Bin Haji Umar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Kariah                                                                 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel