05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
BENGKEL ASAS KEMAHIRAN KENDIRI SAUDARA BARU Siri 2/2013
(PENYEDIAAN KEK)


alt
 

20 April 2013 (Sabtu) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Asas Kemahiran Kendiri Saudara Baru Siri 2/2013 yang mengkhusus dalam bidang penyediaan kek. Bengkel yang dIadakan di Asrama Darul Hidayah , Kg. Baru itu telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Kelas Pengajian Saudara Baru anjuran Jabatan ini dan juga penghuni asrama Darul Hidayah Kg.Baru Kuala Lumpur.
 
 
Bengkel yang berlangsung selama 4 jam itu telah dibimbing oleh En. Fariq bin Mohd Khairudzaman dan isteri yang juga pengusaha perniagaan Marvellous Chocolates & Confectionary .  Ia telah mendapat respon yang baik dikalangan peserta dan rata-rata berpuas hati dengan modul yang telah dilaksanakan.
 
 
Cawangan ini sentiasa berusaha untuk menambahkan input dan meningkatkan pengetahuan semua pelajar dan penghuni asrama bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan agama malah dari aspek kemahiran agar mereka boleh berusaha dan berdikari.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                    
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)