05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel Pembangunan Modul Kelas Pengajian Islam OKU 2013

alt


14-16 Mei 2013m/ 4-5 Rejab 1434H - 
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Kelas Pengajian Islam OKU 2013 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Tingkat 2, Kompleks Pusat Islam.  Bengkel telah dihadiri lebih 20 peserta melibatkan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, wakil dari NGO yang terlibat secara langsung dengan OKU Cacat Penglihatan dan Pendengaran iaitu PERTIS, MAB, KOPIKLSD dan Pusat Pertuturan KIU. Ia bertujuan membangunkan modul yang bersesuaian bagi pelaksanaan Kelas Pengajian Fardhu Ain secara berkesan dan membuat penambahbaikan ke atas silibus yang sedia ada.
 
Semua peserta yang terlibat di dalam bengkel selama 2 hari  ini, dipecahkan kepada 6 kumpulan iaitu Aqidah, Sirah, Fekah, Akhlak dan Al-Quran dan Hadith. Hasil perbincangan setiap kumpulan dibentangkan pada hari pertama dan disambung pada hari kedua. Bengkel yang berakhir jam 4.30 petang ini ditutup dengan Resolusi berikut:
1. Memilih nama modul sebagai “MODUL PENGAJIAN ISLAM ORANG KURANG UPAYA ”
2. Mewujudkan Sekretariat Modul Pengajian Islam OKU.  
3. Modul ini perlu diwujudkan dalam bentuk Video dan bahan percetakan Braille sebagai alat bantuan mengajar khusus kepada OKU Cacat Pendengaran dan Penglihatan.
4. Pembangunan tenaga pengajar yang boleh menguasai kaedah pembelajaran kepada OKU Cacat Penglihatan dan Pendengaran dalam menambahbaik mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).
5. TOT (Training of Trainers) khusus kepada jurubahasa perlu dilaksanakan supaya mereka dapat menyampaikan intipati pengajaran bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah.
6.Rangka Modul perlu mengikut format yang dibentangkan oleh Kumpulan 4 (Sirah) iaitu:
Konsep Asas dalam Islam (Al-Quran & Hadith), Aqidah, Syariah, Akhlak, Agama dan Kepercayaan (Sirah)
7. Menyediakan Elaun Kehadiran sebagai insentif kepada peserta Kelas Pengajian Islam OKU.
8. Penggunaan bahasa yang digunapakai perlu mengikut laras yang mudah difahami.
9. Memberi penekanan terhadap pembangunan bahasa isyarat/ istilah agama.
 
Walaupun banyak kelemahan dan kesukaran pada bahasa isyarat dan tulisan Braille, namun ia bukan alasan untuk memadamkan api semangat mereka yang Allah takdirkan buta dan pekak ini untuk terus belajar dan mendalami agama demi untuk memahami Islam dan dekat pada Allah SWT. Moga ini menjadi 'ibrah (pengajaran) kepada sebahagian dari kita hambaNya yang mungkin kelihatan celik mata kasar tetapi buta mata hati.
 
"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?" Surah Ar-Rahman: 13

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)