05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel TOT Rundingcara

alt

20 Mei 2013M/ 10 Rejab 1434H - 
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Bengkel TOT (Training of Trainers) Rundingcara bertempat di Dewan Syura Wawasan, Tingkat 2, Kompleks Pusat Islam.  Bengkel telah dihadiri lebih 20 kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dari setiap cawangan. Ia bertujuan memberi garispanduan kepada seorang perunding dalam menangani sasaran yang bermasalah di kalangan wanita, remaja dan golongan yang terlibat secara langsung dengan gejala sosial. 
 
Bengkel selama hampir 2 jam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Rosmawati Zainal selaku Pengerusi Eksekutif, Raudhatus Sakinah atau lebih dikenali dengan nama Ummi Rose. Bermula dengan sebuah rumah perlindungan yang dinamakan Raudhatus Sakinah sejak tahun 1998 ini, di awal penubuhannya mendapat tentangan ramai pihak. Namun gejala sosial yang kian meningkat, memaksa wanita kental ini meneruskan usaha ini untuk membantu, memberi peluang ramai wanita dan gadis remaja yang telah terlanjur sama ada sengaja atau menjadi mangsa kerakusan manusia untuk kembali ke pangkal jalan. 
 
Berbekalkan pengalaman selama mengendalikan rumah perlindungan yang telah mempunyai sebuah syarikat konsultan dan 5 cawangan negeri, banyak ilmu yang telah dikongsikan bersama peserta. Seorang perundingcara bukan sahaja perlu bebas prejudis namun perlu mantap kemahiran intrapersonal dan interpersonalnya apabila berhadapan dengan klien. Ini termasuklah bersikap mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan empati terhadap masalah klien mereka. Seorang daie tidak boleh sesekali memandang hina seseorang yang pernah membuat kesilapan, kerana selepas hijrah dan taubat, mereka mungkin lebih baik dari kita. Bimbinglah mereka dengan penuh kasih dan cinta, bukan dilemparkan kata-kata keji dan nista. Moga bengkel seumpama ini bukan sahaja dapat membimbing para pendakwah untuk bergelar perundingcara yang berkesan, namun dapat menjadikan mereka seorang dai'e yang berkemahiran, mantap dalaman dan luaran.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)