05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Klinik Keluarga Siri 2/2013
 
alt

27 April 2013M/ 16 Jamadil Akhir 1434H -
 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) sekali lagi berjaya menganjurkan Klinik Keluarga Siri 2/2013 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Program yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan  ucapan oleh Dato' Seri Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Pengerusi Eksekutif Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) yang antaranya mengajak para ibubapa untuk mempunyai nilai-nilai yang baik terlebih dahulu, sebelum menyemai sifat tersebut dalam diri anak-anak mereka. 
 
Acara seterusnya dimulakan dengan Forum Klinik Keluarga yang dikendalikan oleh Moderator, Ustaz Muhidin Mokter selaku Perunding Syariah BBIM. Forum kali ini yang memberi penekanan terhadap pembentukan nilai-nilai positif anak-anak membariskan panel yang berkaliber, iaitu Ustaz Ghazali Bin Ibrahim, pendakwah bebas dan juga personaliti TV Al-Hijrah dan Dr. Zabrina A.Bakar seorang penceramah motivasi, kolumnis dan penulis Siri Buku Motivasi Islam Terlaris di pasaran antarabangsa -- Life is an Open Secret.  

Antara yang sempat dikongsi, sejarah Nabi membuktikan bahawasanya membentuk akhlak yang mulia adalah satu proses yang sangat panjang . Pembentukan nilai-nilai positif khususnya sifat sabar & pemaaf dalam diri anak-anak sebenarnya bermula sebelum ibubapa tersebut berkahwin lagi. Ia bukan sekadar menanam 'benih kemudian menyiram air lalu membiarkannya tumbuh sendiri'. Namun ia adalah proses 'bagaimana kita menjaga, memantau dan memelihara benih tersebut dari kecil hingga besar'. Adalah amat penting bagi ibubapa untuk mengenal karakter setiap anak terlebih dahulu samada visual (penglihatan), auditori (pendengaran) & kinestetik (sentuhan) kerana setiap satunya mempunyai bentuk pendekatan yang berlainan. Kegagalan memahami karakter anak, akan menyebabkan ibubapa cenderung menggunakan pendekatan yang salah & ini akan memberi natijah negatif terhadap proses pembesaran anak tersebut. Ibubapa akan mudah marah dan hilang kawalan, anak pula akan dilanda tekanan berterusan. Maka sebagai contoh, anak yang sifatnya kinestetik, perlu banyak dipeluk atau ketika memberi arahan, ibu atau ayah perlu menyuruh sambil diiringi dengan sentuhan.

Program yang berakhir jam 11.30 pagi ini diharapkan dapat menjadi platform dalam memberi panduan & peringatan kepada ibubapa akan acuan terbaik yang telah Islam sediakan dalam membentuk ulamak kecil mereka untuk membesar menjadi muslim dan mukmin sejati yang seimbang di persada duniawi dan ukhrawi.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI)