05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Kursus Pengukuhan Intergriti Pegawai-Pegawai Masjid Pusat Zon 5
alt
 
13 April 2013 (Sabtu) – Pusat Pengurusan Pusat Zon 5 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Kursus Intergriti untuk pegawai-pegawai  masjid ZON 5, selama dua hari sehingga 14 April 2013 di Corus Paradise Resort, Port Dickson.
 
Seramai 118 peserta hadir dalam program tersebut, yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut serta dalam program kursus tersebut adalah YBhg. Tuan Ibrahim Bin Deris, Timbalan Pengarah Operasi, Haji Mohd Basori Bin Haji Umar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kariah.
 
Antara ucapan YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, mengucapkan tahniah kepada pihak urusetia pengajur yang telah Berjaya melaksanakan program tersebut. Bellau berharap semoga ada kesinambungannya program seumpama ini di setiap zon sekitar Wilayah Persekutuan. Dengan adanya program seperti ini pihak pentadbiran dan pengurusan atasan jabatan dapat mengenali dikalangan pegawai-pegawai masjid serta ahli keluarga dengan lebih dekat dan mesra. Beliau juga turut menyuntik semangat dan motivasi kepada semua peserta agar intergriti jatidiri perlu dipelihara dan dipertingkatkan sebagai penjawat awam. Pegawai-pegawai masjid di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sewajarnya bersyukur kepada Allah SWT kerana mendapat lantikan rasmi daripada pihak kerajaan untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengimarah masjid. Beliau turut gembira dengan usaha yang diperjuangkan bersama-sama rakan-rakan beliau untuk melihat pegawai-pegawai masjid ditadbir oleh pegawai dikalangan penjawat awam, telah terlaksana. Dengan adanya pegawai perkhidmatan awam bertugas di masjid-masjid membolehkan pentadbiran dan pengurusan masjid bergerak dengan lebih baik dan sempurna serta dapat meningkatkan lagi martabat dan intergriti institusi masjid. Beliau berharap semoga usaha murni yang diadakan oleh pihak penganjur dan urusetia ini dapat meningkatkan lagi nilai intergriti kepada semua peserta yang hadir.
 
Dalam slot ceramah diisi oleh YBhg. Ustaz Haji Mohd Yusof Bin Tahir, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pengisian ceramah beliau banyak menyentuh tentang perilaku etika dan disiplin sebagai seorang penjawat awam dan juga pegawai-pegawai masjid yang berhubung secara langsung dengan orang awam dan ahli kariah.
 
Di samping itu, program kursus tersebut dipenuhi dengan acara aktiviti sukan pantai dewasa dan kanak-kanak untuk mengiratkan lagi hubungan ukhuwah sesama peserta yang hadir.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Masjid Pusat Zon 5