05:57
Imsak
06:07
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Perjumpaan YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai-Pegawai Masjid
Dan Surau, Ajk Kariah, Pendidik Dan Pendakwah Wilayah Persekutuan


alt

22 April 2013 (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya mengadakan Majlis Perjumpaan YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai-Pegawai Masjid Dan Surau, Ajk Kariah, Pendidik Dan Pendakwah Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan wacana ilmu yang bertajuk “ Pendakwah Dinamik Masyarakat Islamik” yang disampaikan oleh dua orang penalis iaitu Dr. Ahmad Faisal bin Abd Hamid, Ketua Jabatan Sejarah & Tamadun Islam Universiti Malaya dan Ustaz Ahmad Shukri bin Ismail, Eksekutif Hal Ehwal Islam Petronas. Wacana tersebut di moderasikan oleh Ustaz Mohd Radhi bin Abd Ghani.

Majlis ini selamat dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Antara kenamaan yang hadir ialah Fadhilat assyaikh Solah Muhammad Al-Budair, Imam Al-Haram, Masjid Nabawi assyarif, Al-Madinah Al-Munawwarah. Turut hadir ialah Ybhg. Datuk Othman bin Mustafa, Ketua Pengarah JAKIM.

Di dalam majlis tersebut, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin turut menyampaikan anugerah Imam Terbaik, Bilal Terbaik, Noja Terbaik, Masjid Terbaik, Surau Jumaat Terbaik, dan Surau Terbaik. Bagi Kategori Imam Terbaik ialah Haji Osman bin Hassan dari Surau An-Nur Taman Koperasi Polis Fasa 2, Bilal Terbaik ialah Abdul Rashid bin Abdullah dari Masjid Imam al-Syafie, dan Noja Terbaik ialah Mohamad Noor Biggs bin Abdullah dari Masjid. Bagi anugerah masjid terbaik dimenangi oleh Masjid Assyakirin, KLCC. Surau Jumaat terbaik dimenangi oleh Madrasah Nahdatul Diniah, Kg Malaysia Tambahan dan Surau Terbaik dimenangi oleh Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria.

Majlis perjumpaan tersebut diakhiri dengan tazkirah yang disampaikan oleh  Fadhilat Assyaikh Solah Muhammad Al-Budair, Imam Al-Haram, Masjid Nabawi Assyarif, Al-Madinah Al-Munawwarah yang turut sama mengimamkan solat zohor di masjid tersebut.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI)