05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Iqra': Jom Baca Al-Quran 2013 

alt


11 Mei 2013 (Sabtu) - 
 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di bawah Program Gerak Tumpuan, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar meneruskan siri jelajah Program Jom Iqra' di beberapa PPR terpilih kawasan Sentul bermula April hingga Jun 2013. 
 
Program yang telah dimulakan di PPR Pekan Batu, Sentul pada 11 April lepas, bertujuan mengurangkan budaya lepak dan berpeleseran dikalangan anak-anak dan remaja, melahirkan individu yang kuat jati diri dan berakhlak dengan akhlak Islam di samping menanam kesedaran untuk mendekati Islam melalui minat untuk membaca Al-Quran.

Senarai PPR terpilih yang telah dan akan memulakan program ini adalah:
PPR PEKAN BATU : 11 APRIL 2013
PPR SRI PANGKOR: 20 APRIL 2013
PPR TAMAN WAHYU II: 27 APRIL 2013
PPR INTAN BAIDURI : 27 APRIL 2013
PPR SERI TERENGGANU : 11 MEI 2013
PPR BATU MUDA : 11 MEI 2013
MADRASAH AL-KHAIRIAH,FLAT SRI PERAK : 11 MEI 2013
SURAU ISLAH,FLAT SERI NEGERI SEMBILAN: 11 MEI 2013
SURAU QUBA',BANDAR BARU SENTUL : 18 MEI 2013

 
Dengan menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran Al-Quran berasaskan teknik Al-Baghdadi, pihak penganjur telah menyediakan 3 orang guru yang terlatih dan mengajar 3 kategori kanak-kanak dan remaja iaitu kategori pelajar Tadika , Rendah dan Menengah.
 
Program ini diharapkan bakal memecah stigma 'bosannya mengaji' kepada 'seronoknya mengaji' di kalangan anak-anak ini dan mampu menjadi 'duta kecil dakwah' kepada keluarga dan masyarakat sekeliling mereka untuk kembali kepada fitrah iaitu Al-Quran & Islam.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI)