05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Iqra': Jom Baca Al-Quran Siri 1/2013

alt

13 April 2013 (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan telah memulakan siri jelajah Program Iqra': Jom Baca Al-Quran yang merupakan salah satu daripada Program Gerakan Tumpuan (PGT) di semua PPR kawasan Sentul bermula April hingga Jun 2013.
 
Program yang dimulakan di PPR Pekan Batu, Sentul ini bertujuan mengurangkan budaya lepak dan berpeleseran dikalangan anak-anak dan remaja, melahirkan individu yang kuat jati diri dan berakhlak dengan akhlak Islam di samping menanam kesedaran untuk mendekati Islam melalui minat untuk membaca Al-Quran. Ia dirasmikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI Ustazah Sakdiah Bt Mohamed Nusi.
 
Dengan menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran Al-Quran berasaskan teknik Al-Baghdadi, program ini telah berjaya menarik penglibatan seramai 60 orang kanak-kanak dan remaja serta ibu bapa. Pihak penganjur telah menyediakan 3 orang guru yang terlatih dan mereka bakal mengajar 3 kategori kanak-kanak dan remaja iaitu kategori pelajar Tadika , Rendah dan Menengah.

Program ini diharapkan bakal memecah stigma 'bosannya mengaji' kepada 'seronoknya mengaji' di kalangan anak-anak ini dan mampu menjadi 'duta kecil dakwah' kepada keluarga dan masyarakat sekeliling mereka untuk kembali kepada fitrah iaitu Al-Quran & Islam.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI)