05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Majlis Perasmian Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan

Majlis Perasmian Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan

 
alt
 
11 April 2013 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Kariah telah menganjurkan Majlis Perasmian Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 400 orang pengerusi dan ahli jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan. Antara pengisian program tersebut ialah penyampaian ceramah oleh YBhg. Dr. Mohd Aderi Bin Che Noh, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Gred Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan. Di dalam majlis itu juga YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali telah mengadakan lawatan ke bilik air dan tempat wuduk Masjid Usamah Bin Zaid yang telah dianugerahkan gred A Lima (5) Bintang.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah YBhg. Tuan Ibrahim bin Deris, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan YBhg. Datuk Syed Mehdar bin Syed Abdullah, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel