05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Celik Hati bersama warga MAB & PERTIS 2013

alt
 
13 April 2013 (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Tugas-tugas Khas & Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)  telah menganjurkan Program Memperkaya Ilmu, Memperluas Jangkauan Kehidupan bertempat di Dewan Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
 
Program selama sehari ini, dimulakan dengan ceramah motivasi kekeluargaan bertajuk "Laksanakan Amanah, Jangan U-Turn" yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustazah Zawiyah Bt Hassan, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Slot pada petangnya pula diisi dengan ceramah isu-isu penggunaan bertajuk "Bimbingan dan Dialog Kepenggunaan" yang telah disampaikan oleh Puan Reihana Bt Abd Razak, Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

alt alt

 
14 April 2013 (Ahad) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama  Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Latihan Islam, Pusat Latihan Gurney (pusat latihan kemahiran kendiri bagi remaja cacat penglihatan) telah mengadakan Pertandingan Nasyid Gurney Training Centre (GTC) Sesi Januari hingga Mei 2013 bertempat di Dewan Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
 
Seramai 7 kumpulan telah mengambil bahagian pada pertandingan yang merupakan acara tahunan ini. Kekurangan yang ada tidak menjadi penghalang bagi pelatih-pelatih ini menunjukkan komitmen yang tinggi pada setiap persembahan mereka yang menampilkan 2 buah lagu dari pelbagai tema yang menarik. Ini terbukti apabila Kumpulan Isratul Jihad dengan tema "Peperangan" berjaya sekali lagi untuk 2 tahun berturut-turut bergelar Juara Keseluruhan dan turut menggondol Anugerah Vokal Terbaik. Tempat kedua dan Anugerah Persembahan Terbaik jatuh kepada Kumpulan Al-Leen dengan membawa tema "Serikandi" manakala markah ke 3 tertinggi dan Anugerah Motto Terbaik dimiliki Kumpulan Soutul Umi dengan tema "Kasih Ibu".

Sesungguhnya pada nasyid terkandung di dalamnya bait-bait lirik yang merupakan kata-kata nasihat, hikmah dan pengajaran. Disinergikan bersama melodi, rentak lagu, susunan vokal dan harmoni yang mantap, semoga usaha dakwah melalui hiburan cara Islam ini dapat menjadi halwa telinga yang bermanfaat dan membekas ke dalam setiap hati dan minda para pendengarnya.


alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI)