05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan 2013
alt
 
7 April 2013 (Ahad) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Kali Ke-15 pada 5 hingga 7 April 2013. Perkhemahan ini diadakan di tapak perkhemahan Kolej Matrikulasi Labuan.
 
Seramai 368 jumlah peserta perkhemahan termasuk pelatih kadet bomba bersama 8 buah sekolah menengah di sekitar Labuan turut menyertai perkhemahan ini. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih pelatih-pelatih terbaik Kadet Bomba untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan diperingkat Perkemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
 
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) turut menghantar Pelatih Kadet Bomba seramai 49 orang dan diiringi 3 orang guru dan kakitangan SMA MAIWPL. Perkhemahan ini merupakan penyertaan pertama kali bagi SMA MAIWPL.
 
Pelbagai acara turut dipertandingkan antaranya pertandingan kuiz, simpulan ikatan, kawad kaki campuran, K.O Aspec Challengge, K.O Hos Berhalangan Kering, K.O Hos Berhalangan Basah, K.O Brain & Brawn, Malam Persembahan Kebudayaan serta Ikhtiar Hidup.
 
Daripada, 8 acara yang dipertandingkan, SMA MAIWPL telah merangkul 6 hadiah antaranya Pertandingan Kuiz, Kawad Operasi Aspec Challenge (Lelaki), Kawad Operasi Brain & Brawn (Perempuan) dan Malam Kebudayaan. Selain itu juga, pelatih kadet dan juga Guru Penasihat Kadet Bomba SMA MAIWPL menerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Kadet Bomba Terbaik (Lelaki) dan Anugerah Guru  Penasihat Terbaik (Perempuan).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
JAWI, Cawangan Labuan