05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1434H/ 2013M
alt

 
4-5 April 2013M bersamaan 24-25 Jamadil Awal 1434H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1434H/ 2013M bertempat di dewan Masjid Al-Muqarrabin.

Dengan tema "Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah", Al-Quran mengajak kita untuk menjadi 'Ummatan Wasatan' iaitu ummah yang adil dan mengambil jalan tengah antara dua keterlaluan. Selain bertujuan mencari qari dan qariah terbaik bagi mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, penganjuran majlis ini bukan sekadar memperdengarkan kemerduan dan kelunakan suara para Qari dan Qariahnya, lebih penting ialah untuk masyarakat menghayati dan memartabatkan agenda Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu.

Program kali ini menyuntik kelainan apabila dimulakan dengan Pameran bersempena Majlis Tilawah yang disertai hampir 10 agensi-agensi Kerajaan dan IPT dan turut mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat. Hari pertama majlis menyaksikan 13 orang peserta, 7 Qari dan 6 Qariah termasuk 2 dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya memperdengarkan bacaan masing-masing.  Program yang dihadiri lebih 500 penonton dari sekitar Wilayah ini, turut diserikan dengan Kuiz Al-Quran interaktif yang menguji minda hadirin tentang ilmu berkaitan Al-Quran.

Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1434H/ 2013M pada malam berikutnya telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut hadir YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Seterusnya, penonton dihiburkan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Imam Muda Qaryah. 

Pengumuman Keputusan  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1434H/ 2013M telah disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Tuan Haji Ibrahim Bin Deris yang mengetuai 8 ahli jemaah hakim. Tempat pertama Qari dimiliki Encik Wan Fakhrul Radzi Bin Haji Wan Mohamad manakala Johan Qariah disandang oleh Normalina Binti Alias yang masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM5,000.00, senaskah Al-Quran dan sijil penyertaan.

Memetik ucapan YBhg. Dato' Haji Othman Bin Mustapha, "Semoga majlis ini hanya mengakhiri aturcara majlisnya, tetapi tidak mengakhiri 'Majlis Al-Quran sepanjang hayat' seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW untuk diteladani oleh para ulama', umara' dan umat Islam seluruhnya."

alt alt
alt alt
alt alt

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)