05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
BENGKEL ASAS KEMAHIRAN KENDIRI SAUDARA BARU 2013
(PENYEDIAAN COKLAT)

 
alt
 

16 Mac 2013 (Sabtu) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah,  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah mengadakan Bengkel Asas Kemahiran Kendiri Saudara Baru yang mengkhusus dalam bidang penyediaan coklat. Bengkel yang dijalankan di Asrama Darul Hidayah , Kg. Baru itu telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kelas Pengajian Saudara Baru anjuran Jabatan ini dan juga penghuni Asrama Darul Hidayah.
 
Bengkel yang dijalankan selama  4 jam itu telah dibimbing oleh En. Fariq bin Mohd Khairudzaman yang juga pengusaha perniagaan Marvellous Chocolates & Confectionary dan ia  mendapat respon yang baik dari kalangan peserta dan rata-rata mereka amat berpuas hati dengan modul yang  telah  dilaksanakan. 

Cawangan ini sentiasa berusaha untuk menambah input dan meningkatkan pengetahuan semua pelajar dan penghuni asrama bukan sahaja dari aspek kerohanian agama malah dari aspek kemahiran agar mereka boleh berusaha dan berdikari.

alt alt
alt alt


Foto & Teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                    
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)