05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
PROGRAM PERLATIHAN KECEMERLANGAN WANITA Siri 1/2013

alt
 
17 Mac 2013 (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Daraini Management Consultant & Training (DRM) telah menganjurkan Program Perlatihan Kecemerlangan Wanita Siri 1/2013 dengan jayanya bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur.
 
Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh perunding DRM, Dr Azahar Yaakob dan isteri Ustazah Nor Hafizah Bt Musa ini mendapat sambutan hangat apabila berjaya menarik lebih 170 peserta muslimat yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, NGO, IPT, surirumah dan ibu-ibu tunggal. Ia dianjurkan bagi mengetahui matlamat, kaedah, cabaran dan kekuatan yang diperlukan oleh seorang pendakwah muslimah serta menggalakkan golongan muslimat meneladani para tokoh wanita agung di kalangan Ummahatul Mukminin.
 
Program sehari ini dimulakan dengan sesi Shift Your Paradigm yang merupakan slot ice breaking bertujuan memecahkan perasaan kekok dan segan seterusnya meningkatkan sayang, kenal-mengenal dan kerjasama sesama peserta. Sesi seterusnya ’Inspirasi Ummahatul Mukminin’ pula telah berjaya menyedarkan kaum wanita bahawa idola mereka yang sebenar ialah para isteri Nabi dan Rasul. Kegagalan hidup kaum wanita hari ini bukan kerana ketandusan cerminan hidup, sebaliknya gagal mengungkap pakej hidup ummahatul mukminin ke dalam hidup seharian.
 
Slot Kontrak Sosial Wanita pula pada sesi petang telah membuka mata para peserta melalui statistik permasalahan sosial yang menjadi cabaran paling besar bagi wanita yang dianggap sebagai nadi pendidikan kepada anak-anak. Seterusnya slot Peribadi Hebat dan Memikat memberi panduan kepada para muslimat bagaimana membentuk acuan dan wadah yang diperlukan untuk menjadikan diri hebat dan memikat. Kemuncak program ini berakhir dengan jayanya melalui sesi muhasabah yang sangat menyentuh emosi melalui terapi Aura Syifa’. 

alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)