05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
PROGRAM MOTIVASI PENDAKWAH JAWI 2013

alt

15 Mac 2013 (Jumaat) -
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya menganjurkan buat julung-julung kalinya satu program motivasi bertujuan menyuntik semangat dan motivasi dalaman diri penjawat awam khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam lapangan dakwah bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam.
 
Program bersama Ustazah Isfadiah Bt Mohd Dasuki yang merupakan pensyarah Pusat Asasi UIAM, Perunding Motivasi & Latihan dan tamu rancangan Assalammualaikum TV Al-Hijhrah ini, telah dihadiri hampir 40 kakitangan termasuk kakitangan dari tiga cawangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan.
 
Ceramah selama satu jam setengah yang mengenengahkan tema ’Legendary Heroes’  membawa peserta mengimbau kisah-kisah para sahabat, tokoh-tokoh cendekiawan Islam silam, semangat pendakwah-pendakwah zaman lampau yang turut berkongsi matlamat yang sama dengan pendakwah masa kini iaitu menyelamatkan masyarakat atau ummah.
 
Program turut diselang-selikan dengan pelbagai video motivasi yang sangat menarik dan menyentuh emosi. Salah satunya memaparkan kisah seorang warga Australia bernama Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki, tetapi menjadi sangat terkenal di dunia kerana perjuangannya melawan rasa rendah diri sehingga hampir membunuh diri, lalu menggunakan segala kelemahan yang ada sebagai sumber kekuatan sehingga berjaya melakukan banyak perkara yang orang normal tidak mampu lakukan.
 
Justeru pendakwah disarankan untuk menimba ilmu tanpa henti, mengisi rohani dengan memperbanyakkan amalan, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dan paling penting menjadikan Rasulullah S.A.W. serta tokoh agama dan ilmuan sebagai uswah teladan. Ini kerana tamadun terbina atas tiga unsur iaitu ilmu, iman dan manusia, jika hilang salah satunya, maka runtuhlah tamadun seluruhnya!
 
alt alt
alt alt


Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)