05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Pemantapan Keluarga 2013: " Intimasi Suami Isteri " anjuran JAWI Cawangan Putrajaya

alt
 
Pada 26 Mac 2013 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah mengadakan satu Seminar Pemantapan Keluarga 2013 yang bertemakan: “Intimasi Suami Isteri”. Seminar ini dihadiri lebih kurang 1000 orang, yang terdiri dari Pegawai kerajaan di sekitar Putrajaya.

Antara Ahli Penal ialah Prof Emeritus Dr Mohd Ismail bin Mohd Tambi Pakar Andrology dengan tajuk: Intimasi Suami Isteri Mengikut Aspek Kesihatan manakala Ceramah yang kedua di sampaikan oleh Y. Berbahagia Ustazah Nor Hafizah binti Musa Pensyarah UTM dengan Tajuk: Husnul Mua'syarah Suami Isteri.
 
Tujuan seminar ini di adakan adalah untuk memberi suntikan motivasi serta kefahaman khususnya kepada suami isteri berlandaskan Qudwah yang ditunjukkan oleh insan yang Agung iaitu Baginda Rasulullah s.a.w.

Seminar ini di rasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi Putrajaya Tuan Hj Ghazali bin Saad yang mewakili Y. Bhg Datuk Pengarah Jawi iaitu Datuk Hj Che Mat bin Che Ali.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan Teks oleh:
Sahrin Salleh
JAWI Cawangan Putrajaya