05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
JAWI Mengikuti Pameran Sempena Program Destinasi Ke Kampus ‘Bicara Syariah 2013’ Anjuran JKSM Dan UIAM
alt
 
21 Mac 2013 (Khamis) – Buat julung kalinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyertai pameran sempena Program Destinasi Ke Kampus ‘Bicara Syariah 2013’ di Dewan Auditorium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pagi tadi.

Program yeng memuatkan sesi forum syariah itu merupakan program jelajah bersiri anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan kali ini diadakan dengan kerjasama pihak UIAM.

Tujuan program berkenaan diadakan ialah bagi membincangkan peranan JKSM dalam memartabatkan perundangan syariah, bahagian sokongan keluarga kearah penguatkuasaan nafkah, isu-isu semasa, cabaran kes-kes Mahkamah Syariah di Selangor dan sebagainya.

Di samping itu, peserta program serta warga UIAM turut berpeluang untuk mengetahui lebih dekat mengenai peranan JAWI terutamanya berkaitan isu sembelihan yang merupakan core business Bahagian Penyelidikan JAWI.

Program tersebut yang turut disertai lebih 500 pelajar Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Hadir sama ialah YA. Dato’ Seri Md Yusup Bin Che Teh, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah serta Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Mohd Radzi bin Hj. Abd. Latif.

alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan