05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Gotong Royong Perdana (Samak) Masjid Biru Di Atas Lot 7106 Jalan Batu Arang, Wilayah Persekutuan Labuan
alt
 
21 Mac 2013 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan program gotong-royong perdana (samak) Masjid Biru Di Atas Lot 7106 Jalan Batu Arang, Wilayah Persektuan Labuan. Gotong-royong ini bermula pada jam 7:00 pagi.
 
Antara objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk kerja-kerja samak bagi membersihkan bangunan masjid sebelum masjid tersebut digunakan. Selain daripada itu juga, ianya dapat menjalinkan kerjasama dan hubungan kerja yang mantap antara pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI).
 
Program ini juga telah disertai oleh agensi-agensi luar seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP), Pejabat Mufti Labuan, Badan Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM Labuan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan, Perbadanan Labuan. Turut hadir bersama ahli jawatankuasa Masjid/Surau dan Ketua Kampung Lajau dan Kampung Durian Tunjung.
 
Program tersebut berakhir jam 11:00 pagi dengan jamuan makan tengahari.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Cawangan Labuan