05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan
alt
 
16 Mac 2013 (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Labuan telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat W.P Labuan yang telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Jamek An-Nur W.P Labuan.
 
Seramai 6 orang Qari dan Qariah telah memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis tersebut. Johan Qari telah disandang oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Ag. Tanga dan johan Qariah pula oleh Ustazah Peridah Binti Haji Matasim. Johan Qari dan Qariah peringkat W.P Labuan akan mewakili W.P Labuan ke peringkat Wilayah Persekutuan yang mana akan diadakan pada 4-6 April ini.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Yusof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan merangkap pengerusi Perbadanan Labuan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Haji Zainul Abidin Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Tuan Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
JAWI, Cawangan Labuan