05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Valentine’s Day
 alt
 
7 Februari 2013 (Khamis) – Bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan, Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Seminar Valentine’s Day : Bukan Budaya Kita. Seminar tersebut telah dihadiri oleh 100 orang pelajar yang terdiri daripada Kolej Matrikulasi Labuan, 10 buah sekolah menengah Labuan dan Pusat Pengajian Saudara Kita di W.P Labuan.
 
Antara Objektif seminar iaitu memberi pendedahan mengenai keburukan sambutan Valentine’s Day, meningkatkan kesedaran para remaja tentang hukum dan batas pergaulan dalam Islam, memberi pendedahan mengenai keburukan pergaulan tanpa batasan syariat serta memberi kafahaman mengenai peruntukan Undang-Undang Syariah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
 
Seminar tersebut telah diisi dengan dua slot ceramah iaitu Slot Pertama : “Ada Apa Dengan Valentine’s Day” dan Slot Kedua : “Fitnah Cinta Insani”. Kedua-dua slot telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Ustaz Mohd Zamri Bin Mohd Shapik, Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-Undang Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, Selangor. Seminar telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 12.30 tengahari.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
JAWI Cawangan Labuan