05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Mahabbah Cinta Rasul
alt
 
3 Februari 2013 (Ahad) – Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan Majlis Mahabbah Cinta Rasul bertempat di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai.
 
Program ini berjaya menghimpunkan hampir 2,800 orang peserta yang terdiri daripada 45 kontinjen perarakan iaitu seluruh masjid-masjid dan surau-surau Zon 4 serta NGO yang terlibat. Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya Ceramah Cinta Rasul oleh Ustaz Zulkarnain Hasan, Persembahan Qasidah, gerai jualan, pameran dan lain-lain lagi.
 
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan turut diserikan lagi dengan kehadiran YB. Dato’ Sri Zulhasnan Bin Rafique, Dato’ Sri Halim Bin Abdul Samad, Dato’ Ahmad Fauzi Bin Zahari, Dato’ Jauhar Bin Ali dan Dato’ Yusof Bin Abu Bakar. Program ini juga adalah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur