05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Program Seminar Cegah Jenayah Syariah 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Program Seminar Cegah Jenayah Syariah 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan


20 November   2012 (Selasa)Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program Seminar Cegah Jenayah Syariah 2012 bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan.
            Antara objektif seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kepentingan masyarakat bagi menghindarkan diri dari melakukan jenayah syariah dan membantu agensi penguatkuasa tempatan dalam memperkasakan sifar jenayah syariah di Wilayah Persekutuan. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah-wilayah Persekutuan.
        Seminar tersebut telah diisi dengan 2 slot ceramah dan 1 slot forum. Bagi slot ceramah yang bertajuk “Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa (Si Tanggang Moden) telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Y. Bhg. Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah-wilayah Persekutuan dan slot ceramah bagi “Pengenalan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan telah disampaikan oleh Ustazah Farah Wahidah bin Zulkefly, Penolong Pengarah (Siasatan), Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi slot forum yang bertajuk “Peranan dan Sumbangan Komuniti Dalam Pencegahan Jenayah Syariah” yang mana ahli panelnya ialah Tuan Hasnan bin Abidin dari Unit Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia W.P Labuan, Puan Ratna Sapura binti Shaari, Kaunselor daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara W.P Labuan dan Ustaz Mohd Zaidi, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala moderatornya ialah Ustaz Mohd Samadi bin Arshad, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar yang berlangsung selama sehari ini telah dihadiri oleh sekitar 160 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan, NGO’s, Saudara Baru, wakil pengusaha hotel, peniaga restoran, wakil ketua kampung, pengerusi masjid & surau dan orang perseorangan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Seminar telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 5.30 petang.

 
 
 
Disediakan Oleh:
JAWI Labuan


Cetak   Emel