05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kempen Sayangi Diri : Indahnya Menutup Aurat 2012
alt
 
3 November 2012 (Sabtu) – “Analogi menutup aurat adalah seperti dua buah rumah yang ditinggalkan semasa pulang ke kampung; Rumah A ditinggalkan dalam keadaan tertutup dan dimangga pintu dan tingkap sepenuhnya manakala Rumah B dibiarkan terbuka tanpa dimangga. Justeru, rumah manakah yang paling mudah untuk dicerobohi? Sudah pastilah jawapannya Rumah B. Maka begitulah perumpamaan aurat seorang wanita yang jika didedahkan, maka banyaklah anasir-anasir jahat yang mudah mendekati. Atas dasar itulah Islam mensyariatkan agar aurat wanita ditutup dengan sempurna”.
 
Itu merupakan antara isi ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Zamri Bin Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zamri Mantop ketika menjayakan ‘Kempen Sayangi Diri : Indahnya Menutup Aurat’ bertempat di Masjid Amru Al-Ass, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
 
Program yang bermula dari jam 9.30 pagi itu bertujuan memberi kefahaman yang jelas tentang kefardhuan menutup aurat dengan sempurna terutamanya di kalangan wanita yang rata-rata semakin mengabaikan aspek tersebut yang seterusnya menjadi antara punca utama berlakunya pelbagai gejala sosial masa kini termasuk zina dan buang bayi.
 
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Biro Muslimah Masjid Amru Al-Assdan Persatuan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH) ini juga telah berjaya menghimpunkan lebih 150 masyarakat setempat yang kebanyakannya terdiri daripada kaum ibu dan remaja wanita.
 
Slot ceramah dari Alfadhil Ustaz Zamri ini juga turut menekankan aspek kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalamnya mereka yang bertudung tetapi berpakaian ketat, nipis, singkat dan sebagainya. Malah turut disentuh mengenai aurat yang dibolehkan kepada golongan mahram dan bukan mahram dan juga kepada mereka yang bukan Islam.
 
Sesi ceramah hampir dua jam yang turut diselang-selikan dengan tayangan video ini juga mendapat maklum balas yang positif apabila ramai yang bertubi-tubi bertanyakan soalan yang berkaitan di akhir program berlangsung. Ini merupakan lokasi pertama kempen ini dijalankan dan diharapkan agar masyarakat mendapat kefahaman dan kesedaran yang jelas tentang aurat sebagai salah satu dari tuntutan syariat, bukan sekadar fesyen dan adat!

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI