05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Lawatan Sambil Belajar Saudara Kita (Yadim Zon Sabah) Ke JAWI
alt

17 Oktober 2012 (Rabu) – Buat julung-julung kalinya delegasi Saudara Kita (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah yang disertai seramai 13 saudara baru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kompleks Pusat Islam, petang tadi.

Delegasi tersebut yang tiba pada jam 4.30 petang itu disambut oleh YBhg. Ustazah Zaini Naura Aza Binti Md Zain (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI) dan Ustaz Mohd Sukri Bin Abd Ghani (Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI).

Terdahulu, YBhg. Datu Liman Datu Hussin, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah yang juga merupakan penggerak di Sabah memperkenalkan saudara-saudara baru terbabit yang kebanyakannya sebelum ini merupakan penganut agama lain dan memeluk Islam setelah mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T.

Beliau juga turut berkongsi pandangan, pengalaman dan cabaran yang terpaksa diharungi dalam usaha mengislamkan masyarakat di Sabah terutamanya di kawasan pedalaman termasuk ‘berkampung’ selama beberapa hari bagi menyampaikan dakwah.

Program lawatan berkenaan kemudiannyan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI yang disampaikan oleh Ustazah Zaini Naura dan berakhir dengan sesi soal jawab.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria