05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Pengurusan Ibadah Pesakit Mega Tahun 2012
alt
 
27 September 2012 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Ibadah Pesakit Mega Tahun 2012 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, JAWI.
 
Objektif seminar ini bagi memberi kefahaman dan ilmu untuk membantu pesakit dalam melaksanakan ibadah seperti tayammum dan cara solat, serta melaksanakan dakwah bil-hal dengan menunjukkan cara-cara yang lebih praktikal untuk menunaikan ibadah yang wajib walaupun dalam keadaan sakit.
 
Di samping itu, program ini juga dianjurkan untuk memupuk semangat kerjasama dan bantu membantu di antara warga hospital dan warga JAWI dalam merealisasikan perkhidmatan kepada pesakit bukan sahaja keduniaan malah menjurus ke alam ukhrawi.
 
Terdapat dua slot ceramah yang disediakan sepanjang seminar berlangsung iaitu Ceramah 1 : ‘Pengurusan Ibadah Pesakit’ yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Ceramah 2 : ‘Adab-Adab Dengan Pesakit Menurut Perspektif Islam’ disampaikan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al-Amin, ALCC Media & Consultancy Sdn. Bhd.
 
Upacara perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI. Turut hadir, YBhg. Ustaz Abdul Rahman Bin Haji Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAWI.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria