05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kunjungan Muhibah Delegasi Jabatan Pendidikan Islam Bogor, Indonesia Ke JAWI
alt
 
27 September 2012 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi menerima Lawatan Rasmi daripada Delegasi Jabatan Pendidikan Islam Bogor, Indonesia yang bertempat di Dewan Syura Perdana, Aras 11, Menara Pusat Islam.
 
Rombongan yang diketuai oleh Drs. Haji Ahmad Hanafi, M.Pdi, Ketua Pengawas Jabatan Pendidikan Islam Bogor, Indonesia turut disertai seramai 18 ahli delegasi keseluruhannya.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengetahui peranan Bahagian Pelajaran JAWI dalam melaksanakan pengurusan pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.
 
Aktiviti dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil JAWI dan ucapan balas oleh Ketua Delegasi JPI Bogor, Indonesia. Kemudian diteruskan dengan tayangan video korporat JAWI serta taklimat oleh wakil Bahagian Pelajar, JAWI dan diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi fotografi.
 
Turut hadir, Ustazah Khatijah Binti Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI dan Encik Mohd Kassim Bin Maarof, Penolong Pegawai Penerangan, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria