05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Cabaran Mendidik Anak-Anak Millenium
alt
 
26 September 2012 (Rabu) – Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menganjurkan Seminar Cabaran Mendidik Anak-Anak Millenium bertempat di Ballroom Aras 2, Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTMB), pagi tadi.

Objektif seminar ini diadakanbagi memberi pendedahan kepada ibubapa tentang bentuk cabaran masa kini dalam mendidik anak-anak. Selain itu, seminar tersbut diharapkan dapat memberi pendedahan kepada ibubapa tentang kewajipan dan tanggungjawab proses mendidik anak-anak khususnya dalam soal menjaga hubungan kekeluargaan bagi melahirkan keluarga yang sejahtera lagi bahagia. Di samping, ia juga dapat melatih ibubapa untuk membina kemahiran mendidik dengan mengenalpasti masalah anak-anak melalui pendekatan yang sesuai.

Seramai 200 kakitangan KTMB telah mengikuti kursus yang memuatkan dua slot ceramah ini iaitu Ceramah 1 : ‘Tarbiyah Anak Cara Rasulullah’ yang disampaikan oleh Ustazah Sabariah Binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala ceramah 2 bertajuk ‘Teknik Menawan Hati Anak’ telah disampaikan oleh Ustaz Yusri Bin Abdul karim, Guru Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya.

Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Mohd. Rais Bin Rasid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga, JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria