05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program Ziarah Dakwah & Ramah Mesra Ramadhan 1433H/2012M
alt
 
11 Ogos 2012 (Sabtu) – Ramadhan tahun ini memberi sinar baru buat penghuni Rumah Anak Yatim Al-Khair, Taman England, Sikamat Seremban, Negeri Sembilan, apabila rumah kebajikan berkenaan dipilih sebagai destinasi Program Ziarah Dakwah & Ramah Mesra Ramadhan 1433H/2012M.
 
Program berkenaan dianjurkan oleh Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), MMC Oil & Gas (M) Sdn. Bhd. dan Welly Advance Bikers.
 
Program yang bermula dengan acara pelepasan konvoi bermotor di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mendapat penyertaan seramai 250 penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk menyertai konvoi tersebut.
 
Terdahulu, acara pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Hadir sama ialah, YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),  YBhg. Encik Ir. Noorul Khairi Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif (MMCOG), YBhg. En.Aziz bin Jemaran, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi MMC Oil & Gas Engineering dan YBhg. En.Chester Ngo Yoke Chai, Pengurus Welly Advance Bikers Sdn. Bhd.
 
Program berkenaan turut dimuatkan dengan pelbagai agenda menarik termasuk sesi ceramah khas sempena Ramadhan, sesi ramah mesra dengan anak-anak yatim serta rakaman takbir raya.
 
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur