05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Klinik Keluarga 'Membina Fitrah Anak'
 
alt
 
28 Julai 2012 (Sabtu) – Hampir 1,500 peserta telah mengikuti program Klinik Keluarga Siri 4 Tahun 2012 yang diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, di sini, baru-baru ini.

Program bersiri bertemakan ‘Membina Fitrah Anak’  itu dianjurkan oleh Brainy Bunch Islamic Montessori dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Klinik Keluarga berkenaan diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan kanak-kanak mengikut perspektif Islam di samping memberi kefahaman kepada ibubapa  mengenai psikologi perkembangan kanak-kanak.

Program tersebut yang dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Muhidin Bin Mokter, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) itu turut menampilkan tiga penceramah terkenal sebagai ahli panel.

Antaranya ialah YBhg. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Personaliti TV Al-Hijrah,  YBhg. Ustazah Isfadiah Binti Mohd. Dasuki, juri Program Realiti TV Al-Hijrah Solehah serta YBhg. Encik Mohd Gunawan Bin Che Ab Aziz, Pegawai Khas KPI YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Terdahulu, program berkenaan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hadir sama ialah YBhg. Encik Mohd Fadzil Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch Islamic Montessori serta YBhg. Ustaz Abdul Rahman Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

alt alt
alt alt

 
Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan