05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Tahniah Dan Jasamu Dikenang Ketua Setiausaha Negara (KSN)
 
alt
 
20 Jun 2012 (Khamis) – Sekalung Penghargaan dan tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) baru-baru ini. Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berikrar akan menyokong usaha kerajaan untuk menambahbaik mutu sistem penyampaian perkhidmatan awam di samping berjanji untuk terus berinteraksi dengan pelbagai pihak termasuk media, serta kakitangan perkhidmatan awam di semua peringkat.

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Dr. Ali menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa MITI selepas lulus Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya. Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 2009. Beliau dilantik sebagai KSN mengantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang telah berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam.

Selepas perkhidmatannya dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak pelantikannya pada 3 September 2003, akhirnya Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersara pada 23 Jun 2012.

Sekalung perhargaan juga diucapkan kepada Tan Sri Mohd Sidek yang berasal dari Pahang, juga datang dari MITI dimana dia merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar sebelum dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara.

alt alt
alt alt

 
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan