05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel Pemahaman Teknik Risikan Kes-Kes Berkaitan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan

alt
 
10 Julai 2012 (Selasa) – Bengkel Pemahaman Teknik Risikan Kes-Kes Berkaitan Akta Undang-Undang Keluarga Islam dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan anjuran bersama Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga dan Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah diadakan bermula pada 10 hingga 11 Julai 2012 dengan penyertaan 30 orang peserta terdiri daripada kakitangan JAWI Labuan bertempat di Hotel Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan..
 
Bengkel tersebut memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan jabatan berhubung dengan teknik-teknik yang berkesan dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Islam) 1994 dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
 
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini, telah diisi dengan lima slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan terdiri daripada Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Daerah Labuan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Secara keseluruhannya para peserta memberikan respon positif dan banyak input dan output yang diterima daripada penceramah untuk diaplikasi dalam tugasan seharian.

alt alt
alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penguatkuasaan,
JAWI, Cawangan Labuan