05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Penyampaian Amanat Khas Menteri Di JPM Kepada Warga JAWI Dan Pejabat Mufti WP 2012
alt
 
06 Julai 2012 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Khas YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Kepada Warga JAWI Dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2012 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam.

Lebih 1500 pegawai dan kakitangan JAWI serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Terdahulu, majlis diserikan dengan persembahan dari kumpulan nasyid ‘Simfoni IMQ JAWI’ yang turut menampilkan YBhg. Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengarah JAWI mendendangkan lagu "Kasih Ibu".

Majlis tersebut diteruskan dengan tayangan video Pencapaian Agensi-Agensi di bawah YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Sepanjang tahun 2010 hingga 2012 sebelum upacara penyampaian amanat oleh YB Dato' Seri.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dr Muhammad Yamin Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif,  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan SS Tuan Haji Mamat Bin Said, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.

alt alt
alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria