05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kursus Intensif Fardhu Ain Saudara Muslim Tahun 2012
alt
 
1 Julai 2012 (Isnin) – Kursus Intensif Fardhu Ain Saudara Muslim anjuran Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya dilaksanakan sebanyak empat (4) siri bermula 27 Februari 2012 dan berakhir pada 1 Julai 2012 dengan penyertaan hampir 170 orang saudara muslim dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
               
Kursus asas ini yang hanya memakan masa selama dua (2) hari bagi setiap siri bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang mensasarkan penyertaanya kepada saudara muslim yang baharu memeluk Islam dan berdaftar di JAWI Kuala Lumpur dan JAWI Cawangan Putrajaya. Mereka diberi pendedahan dan bimbingan mengenai asas-asas fardhu ain khususnya berkaitan aspek toharoh (bersuci), wudhu’ dan solat secara teori dan praktikal.
 
Kursus ini juga dilihat sebagai platform pertemuan sesama saudara muslim untuk saling mengenali, bertukar-tukar pengalaman serta pandangan dan sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat dan menghapuskan rasa inferiority complex dalam diri mereka.
 
Pengisian yang disediakan lebih berbentuk in-door seperti ceramah, latihan dalam kumpulan dan latihan amali. Pada hari akhir kursus, para peserta perlu menjalani sesi kemuncak iaitu Tahsin Solat Fardhu (juga disebut sebagai Ujian Praktikal Solat) yang dilaksanakan secara berkumpulan bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan pembelajaran dan pemahaman mereka sepanjang kursus.
 
Secara keseluruhannya, kebanyakan peserta memberi respon positif dan mengharapkan pihak Jabatan mengadakan lebih banyak kursus bimbingan pada masa-masa akan datang bagi membantu mereka mengenali ajaran Islam sebenar.

alt alt
alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur