05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Lawatan Kerja Ahli Persidangan MBJ Wakil Pekerja Jabatan Agama Johor Ke JAWI
alt
 
29 Jun 2012 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan kerja daripada Ahli Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Wakil Pekerja Jabatan Agama Johor pagi tadi bertempat di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, di sini.

Lawatan berkenaan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak di samping dapat bertukar-tukar pandangan terutamanya mengenai peranan MBJ jabatan masing-masing.

Delegasi berkenaan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Nooh Bin Kadri, Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Johor turut disertai oleh 32 pegawai dan kakitangan JAJ yang mewakili skim perkhidmatan masing-masing.

Terdahulu, penerangan ringkas mengenai MBJ JAWI telah disampaikan oleh Ahli MBJ (Wakil JAWI) sesi 2012 iaitu Ustaz Syed Abdullah Bin Syed Nordin dan Ustaz Wan Yusuff Bin Wan Ishak, mantan Ahli MBJ (wakil JAWI).

Hadir sama bagi menyambut ketibaan delegasi YBhg. Tuan Haji Abdul Murat Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI, Puan Halimatusaadiah Binti Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Azita Binti Ab. Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan dan YM Tuan Asmawi Bin Tuan Umar, Pegawai Perhubungan Awam Kanan JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria