05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kunjungan Muhibah Delegasi Pengadilan Tinggi Agama (PTA) Medan Ke JAWI
alt
 
25 Jun 2012 (Isnin)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi menjadi destinasi tumpuan apabila menerima kunjungan muhibah delegasi dari Pengadilan Tinggi Agama (PTA) Medan hari ini.

Kunjungan muhibah ini juga merupakan sebahagian daripada program yang dirancang dalam rangka lawatan Peserta Studi Banding, PTA Medan dan PA se Sumatera Utara ke Malaysia, Singapura dan Thailand.

Delegasi tersebut yang diketuai oleh Drs. H. Soufyan M Saleh, S.H, Ketua PTA Medan, turut disertai oleh Drs. H. Wahyu Widyana, MA, Dirjen Badilag Mahkamah Agung RI, wakil-wakil PTA Medan, Hakim Tinggi, Pansek PTA Medan serta Ketua-Ketua PA Sewilayah PTA Medan.

Tujuan kunjungan ini ke JAWI ialah bagi mengetahui peranan JAWI terutamanya dalam melaksanakan proses pendakwaan kes-kes kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, majlis tersebut dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan JAWI, Tuan Ibrahim Bin Deris. 

Hadir sama menyambut delegasi tersebut bagi pihak JAWI ialah YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, YM Tuan Asmawi Bin Tuan Umar, Pegawai Perhubungan Awam Kanan JAWI serta pegawai-pegawai Bahagian Pendakwaan JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria