Majlis Perasmian Kursus Retreat Pegawai-Pegawai Masjid Seluruh Wilayah Persekutuan Dan IMQ JAWI
Majlis ini diadakan bagi memacu transformasi pengurusan masjid yang lebih dinamik dan komprehensif selaras dengan ledakan arus pembangunan negara di samping dapat memperkasakan profesionalisme imam dan bilal lantikan JAWI dalam menambah ilmu pengetahuan para imam dan bilal ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan pegawai-pegawai masjid di Wilayah Persekutuan. Selain itu, kursus ini turut memberi penumpuan kepada latihan-latihan praktikal seperti sesi latihan dalam kumpulan (LDK) dan sesi ceramah dalam menambahkan ilmu dan kemahiran dengan memberi penekanan kepada aspek kepimpinan dan komunikasi serta kematangan kepada kita dalam meneruskan perjuangan di dalam bidang perkhidmatan hal ehwal Islam. Seramai 250 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai masjid seluruh wilayah persekutuan serta peserta Imam Muda Qaryah (IMQ) JAWI mengikuti retreat yang diadakan selama tiga hari ini. Terdahulu, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan majlis tersebut. Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Razali Bin Sahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Majlis tersebut turut diserikan dengan penampilan khas YBhg. Datuk Haji Che Mat menyanyikan lagu ‘Kasihnya Ibu’ diiringi oleh kumpulan nasyid ‘Simfoni IMQ JAWI’. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 4848