05:56
Imsak
06:06
Subuh
13:21
Zohor
16:21
Asar
19:24
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Operasi Cegah Maksiat Di Pusat Hiburan Sekitar Ibu Kota
alt
 
23 Jun 2012 (Sabtu) – Sebagai usaha membanteras gejala tidak bermoral di kalangan umat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan operasi secara bersepadu dengan menyerbu empat pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Operasi berkenaan yang bermula pada jam 10.30 malam dan berakhir jam 2.00 pagi itu, disertai seramai 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara lokasi pusat hiburan yang menjadi sasaran operasi mencegah maksiat kali ini ialah di Jalan Dooraisamy, Jalan Raja Chulan dan pusat hiburan dangdut di Sentul.

Dalam serbuan itu, 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas empat gadis berkenaan, termasuk enam lelaki beragama Islam yang dicekup kerana meminum arak.

Dalam serbuan berasingan, seramai 12 wanita beragama Islam yang sedang melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan dangdut di sini turut dicekup penguatkuasa JAWI.

Mereka yang dicekup akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 dan 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan kesemuanya diberi notis perintah hadir kaunseling.

Difahamkan, pusat dangdut yang beroperasi pada jam 8.30 malam itu turut menyediakan bilik karaoke dan menawarkan 30 khidmat pelayan pelanggan (GRO) berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun dengan bayaran hanya RM40 untuk sejam.

alt alt
alt alt

 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria