Kunjungan Muhibah Daripada Majelis Permusyawaratan Ulama Kabupaten Aceh Besar Ke JAWI
Delegasi tersebut yang diketuai oleh Tgk. H. Fakhruddin Lahmuddin, M. Pd. turut disertai oleh 38 orang ahli MPU. Lawatan berkenaan diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai peranan JAWI di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak melalui sesi perbincangan serta soal jawab. Terdahulu, majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan taklimat JAWI disampaikan oleh Tuan Asmawi Bin Tuan Umar, Pegawai Perhubungan Awam JAWI. Hadir sama menyambut delegasi tersebut ialah ketua-ketua bahagian JAWI serta pegawai-pegawai kanan JAWI. Selain itu, delegasi tersebut juga turut dibawa melawat ke Pusat Penyiaran Islam TV Al-Hijrah. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 5124